MENGENAI BERJAYA SUNNAH

Blog berjayasunnah.blogspot.com adalah blog yang dimiliki oleh Muhammad Rafiq Hasrudin yang juga pemilik perniagaan Berjaya Sunnah.

Blog ini dicipta oleh beliau bertujuan untuk berkongsi pesanan-pesanan dan perkongsian berkenaan sunnah-sunnah nabi kita yang tercinta NABI SAW. Ini menunjukkan sedikit sebanyak rasa cinta dan rindu kita kepada Baginda SAW.

"Barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersama-sama denganku didalam syurga."

Siapa Muhammad Rafiq ?



Rafiq ialah seorang software designer. Beliau mempunyai beberapa projek laman web semasa bekerja di bawah syarikat swasta. Beliau seorang yang berkelulusan ijazah sarjana muda kejuteraan perisian dengan kepujian. Di samping membuat laman web, beliau mempunyai minat dengan perniagaan. Sejak belajar lagi beliau mempunyai kedai perniagaan di universiti yang dibuat secara sambilan. Walaupun sibuk dengan urusan belajar dan bekerja.
Namun kerana minat yang sangat mendalam terhadap sunnah nabi SAW. Beliau telah menjadi perniagaan barangan sunnah sebagai pekerjaan utama beliau.  Kini cita-citanya untuk membuat perniagaan sendiri yang mampu membekalkan produk-produk sunnah ke seluruh dunia.

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya kamu akan dicintai Allah, dan Allah akan mengampun dosa-dosa kamu, Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Beliau juga mempunyai fanpage Berjaya Sunnah untuk berkongsi produk-produk sunnah yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.


Diharap blog ini akan menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk diri anda dan kita semua !



No comments:

Post a Comment